Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

SARAPAN PAGI RAKYAT MALAYSIA

Saban hari, pasti ramai yang mengalami masalah yang sama, terfikir apakah hidangan yang hendak dimasak sebagai sarapan untuk sekeluarga. Tidak kira sama ada suri rumah tangga, mahu pun ibu bekerja. Inilah dilema yang sering dihadapi. Memang buntu juga jika asyik memasak menu yang sama sahaja setiap hari. Nanti keluarga mula komen, diri sendiri juga yang bengang bukan? Harini, perkongsian di entri seterunya adalah berkaitan sarapan pagi rakyat Malaysia. Haaaaa bagi yang belum bersarapan pasti akan terliur atau pon terlihat difikiran haaaaa nak makan ap selepas ni kan. Bagi yang sedang berdiet pastinya diet anda akan terkubur bila dihidangkan dengan makan – makanan yang sedap di alam semesta ini. HAHAHAHA Seperti sedia maklum, negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum, dan budaya. Bagi setiap negeri mempunyai makanan yang menjadi tarikan nya tersendiri. Seperti di negeri Terengganu, kebanyakkan kawasan serta penduduk setempat akan menjadikan Nasi Kerabu atau nasi dagang sebaga...

SELERA IKAN PATIN BANGAU, TEMERLOH, PAHANG

Bila bercerita bab kedai makan mana yang paling sedap ni agak susah jugak sebenanrnya lagi – lagi tanya perempuan, memang kesudah la tak makan kan. Hehehe Sebut sahaja gulai tempoyak ikan patin, nama Selera Patin Bangau di Kampung Bangau Tanjung pasti menjadi kebanggaan masyarakat tempatan di daerah Temerloh, Pahang. Patin bangau bukan bermaksud gulai tempoyak dihidangkkan dengan daging bangau tetapi lokasi kedai makan ini di dalam Kampung Bangau Tanjung. Kuah tempoyak berwarna kuning keemasan yang pekat dan isi daging ikan patin sangkar kampung menjadi pemikat kepada setiap pengunjung yang datang bukan sahaja dari Pahang tetapi juga Kuala Lumpur. Rasanya yang manis kepedasan menjadi inggatan bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke Selera Patin Bangau ini. Jalan menuju ke Selera Patin Bangau ni benar-benar melalui jalan kampung dan di tepi sungai Temerloh. Boleh kelihatan sangkar-sangkar ikan patin di sepanjang perjalanan.Kedainya pun di dalam kampung dan ...

PERSIAPAN SEBELUM PERJALANAN PERTAMA KE BANDUNG, INDONESIA

Sekiranya anda ingin melancong ke bandung, indonesia untuk kali pertama tanpa ejen pelancongan, anda perlu mengetahui beberapa maklumat penting yang perlu disediakan sebelum berlepas. Persiapan yang betul sebelum keberangkatan aan menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan lebih menyeronokkan mengikut rancangan dari meletakkan kaki di bandung, indonesia untuk tiba di negara ini. 1. Penyediaan pasport Dokumen mandatori sebagai bukti identiti yang mesti diambil apabila anda ingin melancong ke luar negara, tidak terkecuali jika anda mahu ke indonesia. Sebagai pemegang pasport malaysia, anda hanya perlu membawa pasport anda, tidak perlu memohon visa. Apabila anda tiba di lapangan terbang husein sastranegara, anda tidak akan diberikan kad imigresen seperti di singapura. Anda hanya perlu berjalan ke kaunnter imigresen untuk mendapatkan pengesahan pada pasport anda 2. Tiket dan tempahan hotel Dapatkan tiket pulang anda ...

KESAN-KESAN MEROKOK DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Sememangnya diakui bahawa tabiat merokok telah lama dan menjadi sebati dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Tabiat ini kini telah menular ke seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan pelajar dan remaja. Tabiat ini amat sukar untuk dibendung kerana di dalam rokok, terdapat sejenis dadah yang menjadi unsur penarik dan menyebabkan penggunanya berasa seronok.  Peningkatan bilangan perokok sememangnya merungsingkan banyak pihak. Di Malaysia, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM 17 juta untuk menjayakan kempen Tak Nak (merokok) nagi membebaskan bumi Malaysia daripada kepulan asap rokok. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi menjadi perokok di negara kita.             Sebagaimana kita tahu bahawa amalan merokok sememangnya merugikan semua pihak malah memberikan banyak kesan sampingan kepada si perokok. Kajian saintifik menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok merupakan faktor utama penyebab ketag...

APA ITU KEBERSIHAN DALAM KONTEKS AGAMA ISLAM

Dalam ajaran Islam, kita diwajibkan untuk bersih dan suci. Jika dilihat, Islam amat mementingkan kebersihan. Contohnya, semasa ingat menunaikan solat, misalnya wudhu dilakukan paling sedikit 5 kali sehari semalam. Jika kita masih mempunyai wudhu, maka setiap muslim pasti bersih tangannya, mulutnya mukanya dan sebagainya. Menjaga kebersihan juga mempengaruhi terhadap kesihatan tubuh. Jika kita rajin menjaga kebersihan, kita akan terhindar daripada penyakit. Badan yang sentiasa sihat sebab jika tubuh kita bersih maka kuman juga tidak akan “bersarang”. Kebersihan merupakan aspek yang sangat penting dalam ajaran agama Islam. Kita harus menjaga kebersihan dengan baik kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk menjaga kebersihan, kerana kebersihan merupakan sebagian dari iman. Maka dari itu bagi kita sebagai umat Islam sudah seharusnya menjaga kesehatan dan kebersihan, khususnya yang berhubungan dengan kita dalam kehidupan sehari-hari, salah satunya membersihkan rumah. Oleh dari...

PASAR SENI KUALA LUMPUR

Pasar Seni merupakan bangunan yang menjadi tarikan pelancong dalam mahupun luar negara. Bagi tugasan kumpulan bagi subjek……. Kami telah memilih bangunan pasar seni sebagai bahan tugasan utama. Lokasi yang strategik di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur dan berdekatan dengan kemudahan awam seperti LRT dan Perhentian Bas. Sejarah Awal bangunan tersebut dibina pada tahun 1988 dan pada awal pembukaan pasar seni ini berfungsi sebagai pasar basah.   Sejak daripada itu pasar seni telah dijadikan sebagai tapak warisan. Hasil daripada termuramah yang dilakukan sama kepada pelancong dalam mahupun luar negara, bagi mereka pasar seni merupakan pusat membeli belah bagi barangan tradisional, p elbagai jenis kraftangan, seni, kebaya, songket, batik dan cenderahati autentik Malaysia. Sebuah Emporium Batik yang menjual barangan batik buatan pereka terkenal, barangan batik buatan Malaysia dari baju, kasut, beg hingga ke perhiasan rumah. Haaa bukan sekada...

PM lancar logo baru Tahun Melawat Malaysia 2020

Hari yang dinanti-natikan sudah tiba apabila Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan logo baru kempen Melawat Malaysia (VM) 2020. Ia bagi menggantikan logo lama VM 2020 yang mendapat kecaman daripada netizen kerana reka bentuk yang dianggap tidak menarik. Logo lama seperti setem itu memaparkan imej Menara KLCC; Orang Utan; monyet bercermin mata dan penyu memakai cermin mata hitam, dan dilancarkan tahun lalu. Ia dikecam apabila rata-rata menyifatkannya sebagai tidak berkualiti. Bagaimanapun Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika itu Mohamed Nazri Aziz mempertahankan rekaan yang menurutnya dihasilkan oleh kakitangan kementerian yang diterajuinya tanpa sebarang bayaran. Bernama hari ini melaporkan Logo baru VM 2020 menampilkan beberapa ciri yang sinonim dengan Malaysia seperti burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang. Ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka, logo itu melambangkan kepel...

Tips Menunggang Motorsikal Bagi Perjalanan Jauh

Untuk memulakan artikel ini, saya ingin berpesan bahawa artikel ini tidak berkaitan dengan sesiapa pun dan sebahagian artikel ini mungkin diambil dari blog lain dan daripada pengalaman penulis sendiri. Saya merupakan seorang kakitangan awam dan menetap di Selangor. Pergi kerja balik kerja atau kemane skali pun saya lebih suka menunggang motorsikal berbanding dengan kereta. Saya sanggup berpanas berhujan sejauh kira-kira 15km ke tempat kerje semata-mata nak jimat kos. Tambang motor pegi balik baru RM3 jer kalo naik kete agak-agak bape kene tu..hahaha Maklum la saya ni sebenarnya bukanlah orang senang, sebab itu sebolehnya saya akan cuba berjimat sebanyak mungkin. Okay lah berbalik pada topik asal yer…Jabatan tempat sy bekerja ramai kakitangan yang suke ride2 jauh nie…kadang utk makan pagi je kot time ari minggu bentong g sarapannyer…tak ke giler dorang nie sebenarnyer...pekene Lemang To’ki sane…lemang sane memang pedepup la..tu baru lemang to’ki…belum ke tempat lain l...

TIPS TIDUR

Selepas penat seharian bekerja pastinya badan kita memerlukan masa untuk berehat. Tidur merupakan waktu tidu bagi merehatkan tubuh- tubuh kita selepas penat melakukan aktiviti sepanjang hari.Pada masa inilah tubuh kita memperbaiki sel-sel yang rosak. Yelah kan dari pagi sehingga ke petang badan kita diayak kehulu – kehilir dengan memerah otak untuk melakukan kerja dipejabat. Banya akibat sekiranya tidur tidak dapat dijaga serta tidur yang tidak teratur akan menyebabkan badan akan menjadi lesu, tidak bertenaga dan mudah untuk mendapat sakit kepala. Cara kita tidur juga memainkan peranan yang penting, sekiranya salah,kesan yang buruk pula  berlaku. Oleh itu perlu marilah kita mengetahui cara tidur yang betul untuk memastikan keselesaan anda semasa dan selepas tidur dan bangun pagi kita akan lebih ceia. Hehehe. 1. Tidur Dengan Belakang Di Bawah t...