Skip to main content

TIPS TIDUR


Selepas penat seharian bekerja pastinya badan kita memerlukan masa untuk berehat. Tidur merupakan waktu tidu bagi merehatkan tubuh- tubuh kita selepas penat melakukan aktiviti sepanjang hari.Pada masa inilah tubuh kita memperbaiki sel-sel yang rosak. Yelah kan dari pagi sehingga ke petang badan kita diayak kehulu – kehilir dengan memerah otak untuk melakukan kerja dipejabat.

Banya akibat sekiranya tidur tidak dapat dijaga serta tidur yang tidak teratur akan menyebabkan badan akan menjadi lesu, tidak bertenaga dan mudah untuk mendapat sakit kepala.

Cara kita tidur juga memainkan peranan yang penting, sekiranya salah,kesan yang buruk pula  berlaku. Oleh itu perlu marilah kita mengetahui cara tidur yang betul untuk memastikan keselesaan anda semasa dan selepas tidur dan bangun pagi kita akan lebih ceia. Hehehe.

1.Tidur Dengan Belakang Di Bawah

tidur dengan belakang di bawah
Ini ialah posisi tidur yang terbaik.Cara tidur yang begini mengelakkan sakit leher,belakang dan pinggang.Selain itu posisi ini juga akan membantu mengekalkan bentuk payudara bagi wanita serta mencegah wajah berkedut. Bagi wanita yang ingin mendapatkan muka yang lawa dan meletops boleh tidur menggunakan posisi tidur ini.

Letakkan bantal pada bahagian belakang lutut untuk mengekalkan lengkung pada bahagian bawah badan.Boleh juga letakkan tuala yang digulung pada belakang anda untuk keselesaan penuh.

Walaubagaimanapun posisi ini tidak berapa sesuai untuk mereka yang berdengkur. Berdengkur yang kuat akan menggangu ketenteraman awam ye. Huhuhuhu





2.Tidur Mengiring

Tidur mengiring
Ini ialah cara tidur kedua yang baik untuk kesihatan.Posisi ini boleh mengelakkan sakit leher dan belakang serta mengurangkan dengkur.Posisi tidur ini juga sesuai untuk wanita mengandung.Bagi wanita mengandung,tidur mengiring sisi kiri adalah baik untuk pengaliran darah,tetapi jangan lipat kaki anda,biarkan lurus.

Kepitkan bantal dengan paha anda untuk menyokong kaki bahagian atas bagi mengelakkan sakit pinggang dan memberi keselasaan anda untuk mendapat tidur yang berkualiti.

Bantal kepala yang sesuai untuk posisi ini ialah bantal yang tebal untuk mengisi ruang antara leher dan bahu.

3.Tidur Meniarap

tidur meniarap
Posisi tidur meniarap merupakan posisi tidur yang paling banyak keburukkannya.Sekiranya anda ada masalah sakit leher atau sakit belakang,posisi tidur ini harus anda elakkan.Walaubagaimanapun posisi ini sesuai untuk orang yang berdengkur kerana  laluan udara lebih luas dengan gaya tidur seperti ini.

Sekiranya anda tidur dengan posisi meniarap,letakkan bantal pada bahagian bawah pelvis dan bawah abdomen untuk mengurangkan ketegangan pada bahagian belakang.

Gunakan bantal yang nipis pada kepala atau jangan guna bantal langsung.

Sekian perkongsian Cara Tidur Yang Betul dan Baik Untuk Kesihatan,semoga berguna untuk semua.


Comments