Bila bercerita bab kedai makan mana
yang paling sedap ni agak susah jugak sebenanrnya lagi – lagi tanya perempuan,
memang kesudah la tak makan kan. Hehehe
Sebut sahaja gulai tempoyak ikan
patin, nama Selera Patin Bangau di Kampung Bangau Tanjung pasti menjadi
kebanggaan masyarakat tempatan di daerah Temerloh, Pahang. Patin bangau bukan
bermaksud gulai tempoyak dihidangkkan dengan daging bangau tetapi lokasi kedai
makan ini di dalam Kampung Bangau Tanjung.
Kuah tempoyak berwarna kuning keemasan yang
pekat dan isi daging ikan patin sangkar kampung menjadi pemikat kepada setiap
pengunjung yang datang bukan sahaja dari Pahang tetapi juga Kuala Lumpur.
Rasanya yang manis kepedasan menjadi inggatan bagi sesiapa sahaja yang
berkunjung ke Selera Patin Bangau ini.
Jalan menuju ke Selera Patin Bangau ni
benar-benar melalui jalan kampung dan di tepi sungai Temerloh. Boleh kelihatan
sangkar-sangkar ikan patin di sepanjang perjalanan.Kedainya pun di dalam
kampung dan di antara rumah-rumah penduduk ni sahaja. Amat tenang dan
mendamaikan sambil makan hidangan ikan patin masak tempoyak bersama
ulam-ulaman. Benar, untuk kita menikmati keenakkan sesuatu masakan tu jangan
makan dengan pelbagai lauk lain. Cukup masakah ikan patin tempoyak bersama nasi
putih dan ulam-ulaman serta sambal belacan.
Yang penting harga semangkuk ikan patin masak
tempoyak di sini sangat murah dan berbaloi dengan rasanya yang sedap. Pada
ketika kami makan hari tu, semangkuk atau sepotong ikan patin isi cuma RM 7
manakala untuk kepala dan ekor pula RM 9. Dari segi rasa, mula-mula makan
terasa pedas, mungkin kerana ia nya dihidang panas-panas tapi bila dah sejuk
Adik Ika dan ayahnya siap hirup kuahnya lagi. Ida ambil juga sambal hitam
Pahang berharga RM 10 satu cawan plastik tu. Ermm itu memang heaven sangat lah
sedap.
So, kalau korang bercadang nak jalan-jalan cari
makan ikan patin di Temerloh ni, ana fully recommended datang makan di Selera
Patin Bangau. Korang bolehlah try waze lokasinya atau hubungi sahaja no tel di
dalam gambar tu (013-996 4100) atau carilah info-info di
Facebook Selera Patin Bangau kay..
Comments
Post a Comment