Skip to main content

APA ITU KEBERSIHAN DALAM KONTEKS AGAMA ISLAM


Dalam ajaran Islam, kita diwajibkan untuk bersih dan suci. Jika dilihat, Islam amat mementingkan kebersihan. Contohnya, semasa ingat menunaikan solat, misalnya wudhu dilakukan paling sedikit 5 kali sehari semalam. Jika kita masih mempunyai wudhu, maka setiap muslim pasti bersih tangannya, mulutnya mukanya dan sebagainya.

Menjaga kebersihan juga mempengaruhi terhadap kesihatan tubuh. Jika kita rajin menjaga kebersihan, kita akan terhindar daripada penyakit. Badan yang sentiasa sihat sebab jika tubuh kita bersih maka kuman juga tidak akan “bersarang”.

Kebersihan merupakan aspek yang sangat penting dalam ajaran agama Islam. Kita harus menjaga kebersihan dengan baik kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk menjaga kebersihan, kerana kebersihan merupakan sebagian dari iman. Maka dari itu bagi kita sebagai umat Islam sudah seharusnya menjaga kesehatan dan kebersihan, khususnya yang berhubungan dengan kita dalam kehidupan sehari-hari, salah satunya membersihkan rumah. Oleh dari itu bagi kita sebagai umat Islam perlu membersihkan rumah kerena rumah merupakan tempat untuk beribadah dan berkumpul dengan keluarga dan dari itu kita harus sentiasa membersihkannya dengan baik.



Pentingnya  menjaga kebersihan bukan sahaja pada diri, rumah juga pada hati kita. Pentingnya bagi kita untuk selalu menjaga hati agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dari dosa. Penting bagi kita untuk menjadi hati dari pelbagai penyakit seperti dengki,iri hari mahupun sifat marah. Jika hati kita sudah busuk atau kotor, mungkin susah untuk kita bersihkan ia dan sekaligus mempengaruhi sifat luaran kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. Jika segumpal darah itu baik, maka baiklah seluruh tubuh. Namun, jika segumpal darah itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah, segumpal darah itu adalah hati.” (HR. Bukhori dan Muslim)


Jadi itulah beberapa keutamaan kebersihan dalam Islam. Kesimpulannya bersih itu wajib diutamakan. Sebab dengan tubuh yang bersih insyaAllah jiwa juga bersih. Kebersihan juga meningkatkan iman dan kebersihan adalah pangkal kesihatan.

Comments