Skip to main content

SARAPAN PAGI RAKYAT MALAYSIA


Saban hari, pasti ramai yang mengalami masalah yang sama, terfikir apakah hidangan yang hendak dimasak sebagai sarapan untuk sekeluarga. Tidak kira sama ada suri rumah tangga, mahu pun ibu bekerja. Inilah dilema yang sering dihadapi.
Memang buntu juga jika asyik memasak menu yang sama sahaja setiap hari. Nanti keluarga mula komen, diri sendiri juga yang bengang bukan?
Harini, perkongsian di entri seterunya adalah berkaitan sarapan pagi rakyat Malaysia. Haaaaa bagi yang belum bersarapan pasti akan terliur atau pon terlihat difikiran haaaaa nak makan ap selepas ni kan. Bagi yang sedang berdiet pastinya diet anda akan terkubur bila dihidangkan dengan makan – makanan yang sedap di alam semesta ini. HAHAHAHA

Seperti sedia maklum, negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum, dan budaya. Bagi setiap negeri mempunyai makanan yang menjadi tarikan nya tersendiri. Seperti di negeri Terengganu, kebanyakkan kawasan serta penduduk setempat akan menjadikan Nasi Kerabu atau nasi dagang sebagai sarapan utama mereka.

Berbanding pula dengan kawasan di selatan tanah air Malaysia, sarapan utama mereka adalah roti canai, nasi lemak, lontong dan sebagainya. Pasti terliurkan apabila terbayang makanan tersebut tapi lagi sedap sekiranya makanan secara percuma.

Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Jadi, jangan pandang rendah pada sarapan dan sangat penting untuk menikmati sarapan yang seimbang. Ia dapat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

Kepada anda semua makan lah secara berhemah dan bukan makan kerana nafsu.  Kerana makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.


Comments