Pasar Seni merupakan bangunan yang menjadi
tarikan pelancong dalam mahupun luar negara. Bagi tugasan kumpulan bagi
subjek……. Kami telah memilih bangunan pasar seni sebagai bahan tugasan utama.
Lokasi yang strategik di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur dan berdekatan
dengan kemudahan awam seperti LRT dan Perhentian Bas.
Sejarah Awal bangunan tersebut dibina pada
tahun 1988 dan pada awal pembukaan pasar seni ini berfungsi sebagai pasar
basah. Sejak daripada itu pasar seni
telah dijadikan sebagai tapak warisan.
Hasil daripada termuramah yang dilakukan sama
kepada pelancong dalam mahupun luar negara, bagi mereka pasar seni merupakan
pusat membeli belah bagi barangan tradisional, pelbagai
jenis kraftangan, seni, kebaya, songket, batik dan cenderahati autentik
Malaysia. Sebuah Emporium Batik yang menjual barangan batik buatan pereka
terkenal, barangan batik buatan Malaysia dari baju, kasut, beg hingga ke
perhiasan rumah.
Haaa bukan sekadar barangan tradisional sahaja
menjadi tarikan di Pasar Seni malah Pentas Luar Pasar
Seni adalah tempat di mana pengunjung boleh melihat seni berwarna-warni dan
acara kebudayaan. Semasa festival utama negara ini berlangsung, kawasan ini
akan dihiasi indah berwarna-warni, memaparkan kepelbagaian masyarakat berbilang
kaum yang ada di Malaysia.
Untuk seni tempatan yang lebih kontemporari, Galeri Annexe yang terletak di
belakang Pasar Seni, adalah tempat yang terkenal untuk pelbagai acara seperti
pertunjukan filem, pameran seni dan wacana awam.
Dalam masa kami membuat tugasan kami di pasar
seni, kami juga turut berkesempatan untuk berjalan di sekitar pasar seni kami
berkesempatan melihat secara dekat bagaimana urusan urusniaga serta gelagat di
Pasar Seni ini berlangsung.
Comments
Post a Comment