Hari yang
dinanti-natikan sudah tiba apabila Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini
melancarkan logo baru kempen Melawat Malaysia (VM) 2020.
Ia bagi menggantikan logo lama VM 2020 yang
mendapat kecaman daripada netizen kerana reka bentuk yang dianggap tidak
menarik.
Logo lama seperti setem itu memaparkan imej
Menara KLCC; Orang Utan; monyet bercermin mata dan penyu memakai cermin mata
hitam, dan dilancarkan tahun lalu.
Ia dikecam apabila rata-rata menyifatkannya
sebagai tidak berkualiti.
Bagaimanapun Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan ketika itu Mohamed Nazri Aziz mempertahankan rekaan yang menurutnya
dihasilkan oleh kakitangan kementerian yang diterajuinya tanpa sebarang
bayaran.
Bernama hari ini melaporkan Logo baru VM 2020
menampilkan beberapa ciri yang sinonim dengan Malaysia seperti burung
kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang.
Ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik
berusia 23 tahun dari Melaka, logo itu melambangkan kepelbagaian budaya,
warisan, flora dan fauna Malaysia di samping pengalaman yang ditawarkan sebagai
sebuah destinasi percutian.
Logo itu dipilih daripada beratus-ratus
penyertaan diterima dari seluruh negara semasa tempoh pertandingan awal tahun
ini.
Tahun depan kerajaan menyasarkan kedatangan 30
juta pelancong luar dengan jangkaan hasil berjumlah RM100 bilion.
Untuk rekod, Malaysia tahun lalu menerima
kedatangan 25.8 pelancong luar negara.
Kerajaan juga mengadakan usahasama dengan
pihak swasta, antaranya dengan Malaysia Airlines dan AirAsia, bagi kegiatan
pemasaran serta memperuntukkan dana khas Galakan Melancong Malaysia (Gamelan)
berjumlah RM5 juta bagi membantu pengusaha yang terlibat dalam industri
pelancongan.
Comments
Post a Comment