Untuk memulakan artikel ini, saya ingin
berpesan bahawa artikel ini tidak berkaitan dengan sesiapa pun dan sebahagian
artikel ini mungkin diambil dari blog lain dan daripada pengalaman penulis
sendiri.
Saya merupakan seorang kakitangan awam dan
menetap di Selangor. Pergi kerja balik kerja atau kemane skali pun saya lebih
suka menunggang motorsikal berbanding dengan kereta.
Saya sanggup berpanas berhujan sejauh kira-kira
15km ke tempat kerje semata-mata nak jimat kos. Tambang motor pegi balik baru
RM3 jer kalo naik kete agak-agak bape kene tu..hahaha
Maklum la saya ni sebenarnya bukanlah orang
senang, sebab itu sebolehnya saya akan cuba berjimat sebanyak mungkin. Okay lah
berbalik pada topik asal yer…Jabatan tempat sy bekerja ramai kakitangan yang
suke ride2 jauh nie…kadang utk makan pagi je kot time ari minggu bentong g
sarapannyer…tak ke giler dorang nie sebenarnyer...pekene Lemang To’ki
sane…lemang sane memang pedepup la..tu baru lemang to’ki…belum ke tempat lain
lagi
Ok, utk itu sy ade beberapa tips pada kengkawan
yg suke ride atau perjalanan jauh bermotosikal nie.. untuk memulakan perjalanan
jarak jauh dengan menunggang motorsikal anda perlulah :
- Menetapkan waktu bertolak yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
Kaji pola cuaca pada musim tersebut agar perjalanan anda tidak terganggu
dengan hujan lebat, angin kencang mahupun panas yang terlalu terik.
- Pastikan penglihatan anda jelas sebelum melakukan tunggangan dan
sentiasa mengambil berat akan tahap penglihatan semasa menunggang.
- Sebelum memulakan perjalanan, periksa motorsikal anda seperti
keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T, coolant, lampu isyarat
bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang,
periksa keadaan cengkaman brek, dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu
- Sebelum memulakan perjalanan sila semak sejauh mana motorsikal anda
boleh bergerak dari keadaan minyak penuh sehingga kering. Ini bagi
memastikan anda dapat mengagak di mana anda perlu mengisi minyak. Lebih
baik jika bawa bekalan tambahan sekurang-kurangnya 1 Liter petrol. Sebagai
contoh, saya menggunakan Yamaha Y15 bagi perjalanan dari Selangor hingga
Penang yang mengambil masa kira-kira 6 jam, petrol penuh yang ada
(3.+liter) dapat menampung perjalanan sejauh kira-kira 150km-170km. Oleh
itu saya hanya perlu berhenti mengisi minyak hanya dua kali.
- Lebih baik untuk anda kerap berhenti berehat antara 3-5 kali bagi
menyejukkan enjin motorsikal dan memastikan ia tidak jammed.
- Jika anda hanya berhenti sekali sahaja motorsikal anda berpotensi
untuk rosak dan terkandas di tengah jalan (seperti yang terjadi pada saya)
- Seterusnya pastikan anda mempunyai kelengkapan
yang cukup dan perlu seperti baju hujan, sarung tangan, skru driver,
spanar dan alatan tambahan lain.
- Dapatkan rehat dan mengisi perut dengan
secukupnya sebelum bergerak.
- Akhir sekali, tunggang dengan cermat, jangan
berlumba dan menggunakan laluan yang salah.
Itu
sahaja perkongsian yang tidak seberapa dari saya, sehingga kita bertemu lagi.
Jika ada sebarang cadangan tambahan sila komen dan saya akan tambah cadangan
anda di dalam artikel ini.
Sekian,
cerita dari geng- geng rider sekalian. HAHAHAHAH
Comments
Post a Comment