Saban hari, pasti ramai yang mengalami masalah yang sama, terfikir apakah hidangan yang hendak dimasak sebagai sarapan untuk sekeluarga. Tidak kira sama ada suri rumah tangga, mahu pun ibu bekerja. Inilah dilema yang sering dihadapi. Memang buntu juga jika asyik memasak menu yang sama sahaja setiap hari. Nanti keluarga mula komen, diri sendiri juga yang bengang bukan? Harini, perkongsian di entri seterunya adalah berkaitan sarapan pagi rakyat Malaysia. Haaaaa bagi yang belum bersarapan pasti akan terliur atau pon terlihat difikiran haaaaa nak makan ap selepas ni kan. Bagi yang sedang berdiet pastinya diet anda akan terkubur bila dihidangkan dengan makan – makanan yang sedap di alam semesta ini. HAHAHAHA Seperti sedia maklum, negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum, dan budaya. Bagi setiap negeri mempunyai makanan yang menjadi tarikan nya tersendiri. Seperti di negeri Terengganu, kebanyakkan kawasan serta penduduk setempat akan menjadikan Nasi Kerabu atau nasi dagang sebaga...
Bila bercerita bab kedai makan mana yang paling sedap ni agak susah jugak sebenanrnya lagi – lagi tanya perempuan, memang kesudah la tak makan kan. Hehehe Sebut sahaja gulai tempoyak ikan patin, nama Selera Patin Bangau di Kampung Bangau Tanjung pasti menjadi kebanggaan masyarakat tempatan di daerah Temerloh, Pahang. Patin bangau bukan bermaksud gulai tempoyak dihidangkkan dengan daging bangau tetapi lokasi kedai makan ini di dalam Kampung Bangau Tanjung. Kuah tempoyak berwarna kuning keemasan yang pekat dan isi daging ikan patin sangkar kampung menjadi pemikat kepada setiap pengunjung yang datang bukan sahaja dari Pahang tetapi juga Kuala Lumpur. Rasanya yang manis kepedasan menjadi inggatan bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke Selera Patin Bangau ini. Jalan menuju ke Selera Patin Bangau ni benar-benar melalui jalan kampung dan di tepi sungai Temerloh. Boleh kelihatan sangkar-sangkar ikan patin di sepanjang perjalanan.Kedainya pun di dalam kampung dan ...